Selasa, 26 Julai 2011

SISTEM SAPS

Kami bagi pihak PPD memohon maaf atas gangguan teknikal dari sistem ini dari 25 Julai hingga sekarang. Mohon Cikgu-cikgu bersabar dan lakukan yang terbaik untuk menjayakan pelaksanaan sistem ini. Saya selaku moderate kepada sistem ini di peringkat negeri amat kesal dengan gangguan sistem ini. Perkara ini tidak boleh tidak, tidak dapat dielakkan. Pihak NKRA telah cuba berusaha sedaya upaya untuk menstabilkan sistem ini buat masa ini. Semua pihak yang bertanggungjawab sedang bertindak demi kemudahan cikgu-cikgu sekalian.



Jutaan Terima Kasih juga dikalungkan kepada cikgu-cikgu di Daerah Seberang Perai Tengah khususnya dan Pulau Pinang amnya kerana cuba lakukan yang terbaik arahan dari KPM ini walaupun gangguan demi gangguan teknikal yang timbul. Saya tahu, cikgu-cikgu amat perihatin dengan sistem ini. Saya tahu cikgu-cikgu telah berkorban masa dan tenaga untuk merealisasikan sistem ini.saya amat hargai usaha dan tenaga cikgu. Kesabaran cikgu AMAT dituntut dalam menghadapi tugasan ini dengan kekangan masa yang diberikan.

TAHNIAH CIKGU,

dari meja
Pegawai Peperiksaan Dalaman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan