Berdasarkan keputusan mesyuarat bersama Unit NKRA KPM, ketetapan telah dibuat bahawa semua guru SEKOLAH RENDAH dan SEKOLAH MENENGAH seluruh negara perlu mengisi markah ujian dan peperiksaan hanya melalui SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS).
Ini bermakna semua sistem yang digunakan di JPN seperti ISIS akan dimansuhkan. Sehubungan dengan itu, semua guru SEKOLAH RENDAH dan SEKOLAH MENENGAH TERMASUK SBP perlu mengisi markah UJIAN BULAN MAC, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, PEPERIKSAAN PERCUBAAN/UJIAN BULAN OGOS DAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN di SAPS ini. SU Peperiksaan akan diminta untuk mendaftarkan id bagi semua guru
Surat makluman akan dikeluarkan kepada sekolah bagi memaklumkan secara rasmi mengenai sistem ini. Sila muat turun maklumat awal mengenai sistem di pautan bawah ini. SU Peperiksaan sudah boleh mula untuk daftar mengikut manual yang dibekalkan.
SILA BACA MANUAL UNTUK SUP DAHULU SEBELUM MEMBUAT PENDAFTARAN. Semua guru diminta untuk daftar mata pelajaran dan mengisi markah yang diperlukan. Kerjasama Pengetua dan Guru Besar dipohon untuk memastikan penghantaran data ke PPD oleh SU Peperiksaan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti di bawah.
Untuk PPD SPT, Program ini akan dilancarkan Julai ini. Segala maklumat terkini berkaitan sistem ini akan di beritahu kemudian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan